Ziarah Hospital - 15 Jul 2012
- hidayahcentre
- Jan 26, 2015
- 1 min read
Alhamdulillah team sukarelawan HC seramai 12 orang sempat menyantuni pesakit wad wanita 7B dan 7C seramai 75 pesakit wanita. Ini merupakan ziarah ke HTAA buat kali ke 4 .
Puan Farehah pengurus lawatan turut serta bersama kami hingga ke akhir.
Sesi Refleksi :
1. Alhamdulillah ada 3 sukarelawan baru menyertai dan 8 lain yang sudah berpengalaman. Sukarelawan baru menyatakan perasaan syukur diberi peluang dan akan bersama lagi dimasa akan datang InsyaAllah . Antara perkara yang perlu ditingkatkan pada masa hadapan ialah menemui pesakit jangan tergesa-tergesa, ambil masa bermuayashah ,tanya tentang diri mereka solat ,doa serta memperkenalkan siapa kita - IKRAM ,HC.
Kepada sesiapa yang berminat nak jadi sukarelawan HTAA ,sila sediakan 2 keping gambar ukuran pasport dan dapatkan borang daripada pihak HTAA secara langsung. Sukarelawan HTAA yang menunjukkan kad sukarelawan boleh melawat di luar waktu melawat yang ditetapkan.
Kommentare