top of page

Pengenalan Kursus Kontemporari Dakwah (CDC)

  • hidayahcentre
  • Jan 20, 2015
  • 1 min read

Kursus Kontemporari Dakwah juga dikenali sebagai Contemporary Dakwah Course (CDC) dilaksana selama 2 hari dan kebiasaanya dengan kerjasama Universiti terdekat seperti UIAM Kuantan.

"Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sampaikan dari ku walaupun sepotong ayat."

Hadis di atas merupakan ingatan daripada Baginda s.a.w. kepada umatnya supaya menyampaikan apa sahaja daripada Baginda s.a.w. yang diketahui kepada masyarakat. Mereka yang diberi kelebihan oleh Penciptanya dengan sedikit ilmu pengetahuan yang bermanfaat, diminta berkongsi kemanisan itu dengan saudaranya yang lain. Walaupun hanya sepatah perkataan, namun sekiranya dilihat mampu memberi kebahagian kepada seseorang, sebarkanlah. Betapa indahnya persaudaraan dalam Islam, andai perasaan individualistik dan egois dikikis daripada hati umatnya bagi menjamin kesejahteraan seluruh umat manusia.

Antara objektif adalah seperti berikut :

  • Untuk berkongsi maklumat dan memahami pelbagai agama di Malaysia.

  • Untuk meningkatkan kesedaran tentang perlunya menyampaikan da’wah Islam.

  • Memperkenalkan fakta penting yang bersesuaian dengan suasana dan kumpulan tertentu.

  • Memperkasa orang Islam dengan mentodologi da’wah terkoni sesuai dengan peredaran masa.

  • Menangani salah tanggapan terhadap agama islam

CDC 16&17nov2013 (9).JPG
CDC 16&17nov2013 (214).JPG
CDC (1) 16nov2013.jpg

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Best view using Firefox or Google Chrome.

© 2014 Designed by Unit Media. Hidayah Centre Pahang.

bottom of page