Ziarah Hospital - 11 Mac 2012
- hidayahcentre
- Jan 26, 2015
- 1 min read
Objektif ziarah hospital diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim disamping mengingatkan kepada pesakit tentang kepenting berdoa memohon dan mendekatkan diri kepada Maha Pencipta dan Maha Menyembuhkan.
Tiba di hospital jam 10 pagi, penerangan ringkas dan lawatan bermula jam 10.30am dan berakhir pada jam 11.30am. Wad yang dilawati ialah 7B (wad perempuan) , 8B,(wad lelaki) dan wad paediatric (kiambang kelas 1). Disebabkan beg goodies berlebihan, kami telah melawat wad Kiambang. Gambar boleh dilihat di facebook.com/hidayahcentrepahang.
Seorang pesakit india yang berasal dari negeri Sembilan bernama K*******. Dia ditemani kakaknya pada waktu itu dan sukar bercakap kerana baru menjalani pembedahan penukaran sternum. Mereka tidak memaklumkan kepada ibunya mengenai K****** kerana risau kesihatan ibunya terganggu jika anaknya tidak sihat.
Puan Farehah ada memberitahu jika hendak menjadi ahli lembaga pelawat, kita boleh mengambil & isi borang. Anda amat dialu-alukan supaya mengisi borang supaya meramaikan orang Islam yang melakukan lawatan kepada pesakit. Menurut HTAA, setakat ini hanya NGO Non-Muslim melakukan ziarah.

Untuk lebih gambar, klik disini.
Comments