top of page

Pengenalan Mengenai Street Dakwah (SD)

  • hidayahcentre
  • May 1, 2013
  • 1 min read

مَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ

"Siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang soleh dan berkata: ""Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri ( Surah Fussilat : 33 )

Rasulullah SAW bersabda: “Demi Allah, sesungguhnya satu orang diberikan petunjuk Allah melalui perantaraan (pendakwah), maka itu lebih baik daripada unta merah.” (HR Bukhari, Muslim, Abu Dawud dan al-Nasa’i)

Apabila dakwahnya diterima, pahala diberikan kepadanya pun terus mengalir. Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang menunjukkan/mengajarkan suatu kebaikan, maka dia mendapat pahala yang sama seperti orang yang melakukannya (mengikutinya).” (HR Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan Ahmad).

Petunjuk Rabbani mengajar kita bahawa beramal menyeru manusia kepada Islam adalah satu amal yang sangat mulia. Justeru itu IKRAM menjadikan berdakwah kepada belum Islam sebagai salah satu daripada medan amalnya .

Street Dakwah yang pertama kali diadakan adalah pada 28 April 2013 yang bertempat di Teluk Chempedak.

OBJEKTIF

  1. Mendedahkan teknik dan latihan praktikal berdakwah kepada orang bukan Islam

  2. Mennyuntik semangat dakwah kepada orang bukan Isalam dalam kalangan orang Islam dan follow up dengan promosi program Hidayah Centre Pahang

  3. Memperkenalkan Hidayah Centre Pahang kepada masyarakat umum

  4. Menyampaikan mesej utama Islam kepada orang bukan Islam dan follow up

SASARAN

Kami mensasarkan Non-Muslim utamanya disamping berdakwah kepada orang Muslim.

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Twitter Basic Square
  • Google+ Basic Square

Best view using Firefox or Google Chrome.

© 2014 Designed by Unit Media. Hidayah Centre Pahang.

bottom of page